Sejak COVID-19 Melanda, Jack Ma Dilaporkan RM6.23 Trilion Lebih Kaya

Sejak pandemik COVID-19 melanda, dapat dilihat kehidupan orang ramai sedikit berbeza. Baik dari segi gaya kerja mahupun norma seharian. Malah, dilaporkan kepelbagaian sektor yang terkesan membuatkan orang ramai kehilangan kerja.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak berlaku buat Jack Ma selaku pengasas bersama serta bekas pengurus eksekutif Alibaba Group. Berdasarkan laporan baharu yang dikeluarkan, Jack Ma direkodkan sudah berjaya mengumpul sekitar $1.5 trilion (~RM6.23 trilion) sepajang tahun ini.



Jack Ma

Lebih hebat, keuntungan besar yang diperoleh ini dilaporkan lebih banyak berbanding lima tahun terakhir pendapatannya sepanjang menjadi pengurus Alibaba.

Difahamkan industri e-commerce yang menerima tempahan yang berganda sejak pandemik melanda antara yang membuatkan Alibaba berjaya mengaut keuntungan yang tinggi sekaligus menguntungkan Jack Ma selaku pemegang saham.

Selain Jack Ma, dilaporkan seramai 257 individu seluruh dunia turut menyertai billionaires club setakat Ogos ini sekaligus membuatkan dunia kini mempunyai 878 bilionair dimana 626 daripadanya terdiri merupakan rakyat Amerika Syarikat.

_111926017_a072c65f-18b8-4c14-b07e-2fd0948206b0



SUMBER: BBC

Tidak cukup dengan Alibaba, Jack Ma dijangka bakal menawarkan IPO Ant Group kepada orang ramai. Pembukaan saham Ant Group dengan nilai $34 bilion (~RM141.5 bilion) ini sekaligus menjadikan saham Ant Group sebagai nilai IPO terbesar dalam sejarah serta meletakkan Jack Ma sebagai manusia kesebelas terkaya dunia.-The Vocket.com

https://mykmu.net/2017/11/04/jack-ma-kagum-dengan-kepimpinan-najib/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker