Terkini: Helikopter terhempas di Cameron Highlands

Sebuah helikopter bersama enam penumpang, termasuk juruterbang, dipercayai terhempas di kawasan Brinchang, dekat Cameron Highlands, hari ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, berdasarkan maklumat awal, helikopter itu sedang dalam penerbangan dari tanah tinggi itu menghala ke Ipoh, Perak.

“Pusat gerakan operasi menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 1 petang tadi dan operasi mencari dan menyelamat sudah digerakkan oleh pasukan Bomba Pahang dan Perak.



“Kami dimaklumkan tiga penumpang cedera manakala tiga lagi selamat dan mereka sudah dapat menghubungi ibu pejabat polis (IPD) satu daerah di Perak,” katanya ketika dihubungi di Kuantan, sebentar tadi.

Ismail berkata, Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm) dan pasukan pelbagai kemahiran (Must) bomba juga sudah digerakkan ke lokasi pencarian bagi mengesan mangsa.

Katanya, helikopter dari unit udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga sudah bersedia untuk dihantar ke lokasi kejadian, namun bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat



Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker