Pertemuan ahli Parlimen BN beri pandangan halatuju, pendirian, kata Najib

Pertemuan ahli Parlimen Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara petang tadi memberikan pandangan tentang halatuju dan pendirian “yang patut dijadikan ketetapan parti” berhubung perkembangan politik semasa.

Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak, berkata pandangan-pandangan ini akan bincangkan dan suatu keputusan “muktamad” akan dibuat menerusi mesyuarat majlis tertinggi parti malam ini.

“Kita tak buat apa-apa keputusan…ini kita sekadar buat percambahan fikiran, dengan pandangan-pandangan ahli Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan di Menara Datuk Onn.

“Sebagai ahli parti kita tertakluk pada keputusan parti dan kita pegang prinsip,” tambahnya.



Satu daripada pandangqan yang didukung semua pihak, katanya, adalah sebarang keputusan tidak boleh memecahkan Umno.

“Macam mana pun Umno tidak boleh pecah. Mesti bertindak sebagai satu blok,” katanya.

Ketika ditanya sama ada mesyuarat tadi ada menyentuh tentang kedudukan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, sebagai perdana menteri, bekas presiden Umno ini menjawab “macam-macam pandangan diberi”.

“Tapi pandangan ini tak boleh ambil kira, yang penting sekali keputusan nanti,” tambahnya.



Sementara itu, Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein, pula mengingatkan apa sahaja keputusan mesti “berasakan baik untuk rakyat dan negara”.

“Kita kena cari jalan,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, pula memaklumkan kebiasaannya tindakan Umno secara “en-bloc”.

Beliau tidak menolak isu kepimpinan Muhyiddin dibangkitkan dalam pertemuan tadi.



“Ada juga disebut tetapi semuanya akan dibincang dalam mesyuarat malam dalam majlis tertinggi.”

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Besar, Zahidi Zainul, memaklumkan pertemuan tadi tidak membincangkan secara khusus mengenai isu perdana menteri letak jawatan.

Beliau juga berkata rata-rata pandangan wakil rakyat berpegang kepada keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP sebelum ini.

“Kita kekalkan keputusan itu sehingga majlis tertinggi buat keputusan,” katanya.



Berkenaan mengadakan pilihan raya, Zahidi memaklumkan pandangan paling kuat pada pertemuan tadi adalah “jalan terbaik adakan pilihan raya”.

“Tapi sekarang ada masalah Covid-19,” tambahnya. FMT

Umno will never work with any party that shares political power with DAP, says party info chief



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker