MT UMNO Akan Bincang 3 Perkara?

Share

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini dijangka memmbincangkan tiga isu utama hasil daripada pertemuan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional sebentar tadi.

Menurut sumber perbincangan Ahli Parlimen BN tadi mendengar tiga pandangan utama.

Sebahagian memberi pandangan untuk kekal menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selagi diperkenan oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Kumpulan kedua mencadangkan supaya UMNO/BN menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan memohon pembubaran Dewan Rakyat.

Manaka ada segelintir kecil membawa cadangan supaya UMNO memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri
yang baharu.

Bagaimanapun pertemuan tersebut tidak membuat sebarang keputusan dan menyerah kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk membincangkan malam
ini.

Kedudukan Perdana Menteri menjadi pertikaian sejak minggu lalu apabila Ketua Pembangkang menyampaikan surat sokongan beberapa pemimpin parti utama yang dikatakan menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Semalam Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan Perdana Menteri untuk mengisytihar Darurat.

Ini merancakkan spekulasi Muhyiddin akan melepas jawatan.

Kedudukan Muhyiddin agak genting kerana Presiden UMNO tidak hadir dalam perjumpaan dengan Perdana Menteri dengan parti-parti blok kerajaan bagi tadi.

UMNO dan BN membuat perjumpaan sendiri sebelum membuat sebarang keputusan. Suara.tv

Keputusan ‘Besar & Penting’, Akan Dimuktamadkan MT UMNO Malam Ini

Leave a Reply