Netizen Minta Polis Siasat Lelaki Lukis Karikatur Mirip Dr Noor Hisham Dalam Mangkuk Tandas · MYKMU.NET

Netizen Minta Polis Siasat Lelaki Lukis Karikatur Mirip Dr Noor Hisham Dalam Mangkuk Tandas

Share

Sebelum ini, pelukis, Fahmi Reza pernah menjadi kontroversi apabila bertindak melukis karikatur seorang lelaki berjanggut memakai kopiah berwarna merah jambu. Terbaru, dia sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila melukis karikatur seorang lelaki yang didakwa mirip Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham.

Lukisan itu dipercayai dimuat naik di media sosial untuk memberi sindiran kepada Ketua Pengarah Kesihatan yang kononnya gagal membendung gejala ini.

 

Hembus Covid

Dalam karikatur sebelum ini, Fahmi Reza bertindak melukis karikatur menadah tangan sambil menghembus nafas yang mengeluarkan tompok-tompok berwarna merah jambu dipercayai virus COVID-19. Lelaki itu didakwa mirip Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen apabila tiada tindakan dikenakan sehingga dia sekali lagi membuat karikatur yang dipercayai dituju kepada Tan Sri Dr Noor Hisham.

Kartun dalam tandas

Dalam lukisan terbaru yang dikongsi di akaun media sosial miliknya, dia melukis karikatur seorang lelaki dipercayai mirip Tan Sri Dr Noor Hisham yang berada di dalam lubang tandas. Manakala satu foto lagi seorang lelaki tengah menolak kepala karakter tersebut ke dalam mangkuk tandas.

Rata-rata bengang dengan pelukis tersebut yang dilihat semakin melampau. Tak kurang juga berharap agar pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya agar perilaku tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Melampau!

Kau silap Fahmi

Sumber : Fahmi Reza

Kredit: OHBulan

Bendera apa Fahmi Reza kongsi?

Leave a Reply