Tak perlu kecoh isytihar darurat, berundur macam Mahathir – Khalid Samad

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamad berundur apabila tidak lagi mempunyai majoriti sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, Muhyiddin tidak sewajarnya menyusahkan rakyat dengan pengisytiharan darurat demi mempertahankan jawatan.

“Apabila tidak ada majoriti (Ahli Parlimen), letak
jawatan macam Tun (Mahathir) tempoh hari.



Muhyiddin yang dalam darurat, bukan negara – Mat Sabu

“Jangan menyusahkan rakyat dengan isytihar darurat.

“(Alasan) darurat kerana nak pertahankan jawatan sedangkan tiada majoriti? kata Khalid di Twitternya, hari ini.



Ahli Parlimen Shah Alam itu memberitahu apabila Muhyiddin melepaskan jawatannya, Yang di-Pertuan Agong akan menguruskan pelantikan Perdana Menteri baharu.

“Apabila (Muhyiddin) letak jawatan. Yang di-Pertuan Agong akan uruskan pelantikan Perdana Menteri baharu. Seperti Tun (Mahathir) dulu. Tiada sebarang kekecohan pun,” ujarnya.

Darurat: Agong akan bincang dengan Raja-Raja Melayu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker