Muhyiddin yang dalam darurat, bukan negara – Mat Sabu

Share

Ketika negara gempar dengan kemungkinan pelaksanaan “darurat” bagi menangani Covid-19, Presiden Amanah, Mohamad Sabu menempelak Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebagai pihak yang sebenar-benarnya sedang “darurat”.

“Bagi saya yang benar-benar darurat ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, bukannya negara.

“Beliau dalam keadaan ‘darurat’ untuk mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri.

“Jika alasannya Covid-19, kita sudah ada undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk membasmi wabak ini dengan berkesan, tanpa perlu kepada pengisytiharan darurat kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, kabinet hari ini dilaporkan bersetuju pelaksanaan darurat bagi membendung penularan Covid-19.

Menurut seorang menteri yang enggan namanya didedahkan, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Muhyiddin di Putrajaya.

Muhyiddin petang ini juga dilapor menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan. Mk

Kuasa PM, Kerajaan, Parlimen dan Mahkamah semasa darurat

Leave a Reply