3,000 polis Johor sedia bertugas pada PRU15 – Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Lebih 3,000 anggota polis di negeri ini akan bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diramal akan diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka semua diletakkan dalam keadaan siap sedia termasuk aset dan kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) atau Pasukan Gerakan Am (PGA) yang akan digunakan nanti.

“Pada hari ini saya melakukan pemeriksaan semua kenderaan FRU dan water cannon bagi memastikan semua kenderaan itu berada dalam keadaan siap sedia untuk digunakan semasa PRU15.



“Kenderaan ini akan digunakan termasuk apabila berlaku rusuhan, kekacauan atau demonstrasi. Kita membuat persiapan awal bagi memastikan segala aset berfungsi dengan baik.

Kes Pengganas LTTE: Datuk Ayob Khan kecewa kes tersebut diganggu ahli politik DAP

“Saya dapati semua kenderaan bergerak dengan lancar kerana kita tidak mahu water cannon tidak berfungsi, tayar pancit, tidak boleh pam air dan sebagainya… saya tidak mahu ada insiden bila mahu bergerak,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor di sini hari ini.



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember ini sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

Berkenaan demonstrasi yang akan diadakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bandar raya ini pada Ahad ini untuk meminta kerajaan membuka sempadan Malaysia-Singapura, beliau berkata, penganjur perlu menghantar notis lima hari sebelum perhimpunan diadakan.

Musa pesan Ayob Khan hati-hati dengan musuh dari dalam dan luar



Menurutnya, sepatutnya demonstrasi itu diadakan di Putrajaya kerana kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan sempadan dibuka sepenuhnya.

Beliau dalam masa sama menasihati orang ramai yang mahu membuat perhimpunan awam untuk memberikan notis kepada pihak polis terlebih dahulu bagi mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

PRU15, dahulu begitu hampir, kini semakin jauh..



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker