Reman lelaki disyaki liwat kanak-kanak dilanjutkan

Sebaran :

KUALA TERENGGANU – Tempoh tahanan reman seorang tukang mesin rumput yang disyaki meliwat kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kuala Nerus disambung enam hari.

Perintah lanjutan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Roszita Md Saad hari ini bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dijalankan.

Shuib, Sarah tak ditahan reman SPRM

Sebelum ini, pada Khamis lalu, lelaki berusia 26 tahun itu dibenarkan direman tujuh hari selepas ditahan untuk siasatan lanjut berhubung satu laporan polis dibuat pada Rabu (14 Oktober) oleh seorang wanita mendakwa anak lelakinya diliwat suspek yang juga anak angkatnya.

Wanita berusia 40-an itu mendakwa hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya selepas diceritakan kanak-kanak itu pada Selasa minggu lalu (13 Oktober) semasa berada di rumah di Kuala Nerus.



Empat remaja buli warga emas direman tiga hari

Dia mendakwa, anaknya memaklumkan suspek yang juga tinggal serumah melakukan perbuatan terkutuk itu sejak dia berusia enam tahun lagi tetapi takut hendak menceritakan kepada sesiapa.

Mangsa juga mendedahkan, kali terakhir dia diliwat pada Ogos lalu di rumah mereka.

Bunuh anak : Bapa melawan dan terpaksa diangkat polis masuk mahkamah

 


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *