Bank Muamalat sah empat lagi pekerjanya positif COVID-19

KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd telah mengesahkan empat lagi pekerjanya di cawangan Kota Kinabalu telah diuji positif COVID-19, menjadikan jumlah jangkitan di cawangan itu kepada lima orang.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata pekerja yang dijangkiti di cawangan Aeropod Commercial Square sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan.

Cawangan itu ditutup minggu lepas bagi membolehkan prosedur sanitasi dan pembersihan dijalankan selepas seorang pekerja disahkan positif COVID-19.

“Semua rakan sekerja yang telah berhubung secara langsung dengan pekerja terlibat telah diminta untuk kuarantin diri di rumah selama 14 hari, sehingga diberi pelepasan perubatan yang sewajarnya.



Waktu perniagaan bagi cawangan terpilih telah diubah untuk beroperasi dari pukul 9.15 pagi hingga 3 petang sahaja. Ini bagi mengurangkan kemungkinan risiko kesihatan disebabkan oleh peningkatan jumlah kes COVID-19.

“Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa perniagaan terus beroperasi seperti biasa, dengan gangguan yang minimum di samping menjaga keselamatan sebagai keutamaan,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati www.muamalat.com.my atau hubungi 03-2600 5500.

— BERNAMA



‘Pesakit Covid-19 akan discaj lepas 14 hari, walau masih diuji positif’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker