Proton sahkan 49 lagi kes positif dikesan babitkan kakitangannya

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes positif COVID-19 dikesan setakat ini selepas mengumumkan seorang warga kerja disahkan positif pada 14 Oktober lepas.

Menerusi satu kenyataan, Proton menyatakan semua pekerja yang terlibat daripada bahagian kejuruteraan dan kes mereka sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Menurut Proton, buat masa ini, semua pekerja yang tidak perlu hadir secara fizikal di kilang Proton Shah Alam telah diarahkan untuk bekerja dari rumah.

“Aktiviti pengesanan kontak sedang dijalankan dan pasukan khas COVID-19 akan memantau situasi terkini secara terperinci.

Menurut kenyataan itu lagi, syarikat itu akan terus mengikuti semua garis panduan dan prosedur yang disyorkan dengan ketat seperti yang diamalkan sejak COVID-19 menular.

“Semua pekerja yang berhadapan dengan pelanggan perlu mengikuti langkah keselamatan dan Pusat Servis Kecemerlangan (COSE) serta bilik pameran Crystal melakukan pembasmian kuman pada setiap jam.

“Poto juga bekerja rapat dengan pihak berkuasa yang telah memberikan panduan kepada syarikat berkaitan dengan semua proses dan mereka juga berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil buat masa ini,” ujarnya.

Rabu lepas, Proton mengesahkan seorang pekerjanya yang bertugas di bahagian Penyelidikan dan Pembangunan di Shah Alam positif COVID-19 dan sudah dihantar ke pusat rawatan kerajaan selepas keputusan positif itu diketahui.

Proton juga yakin risiko penyebaran ke pihak luaran adalah rendah kerana tidak melibatkan pihak pelanggan-Awani

https://mykmu.net/2017/02/21/proton-mahathir-kecewa-syarikat-keluarga-beliau-akan-hilang-kontrak/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker