SK Dalam Wang ditutup hingga 31 Oktober

Kuala Lumpur: Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Wang yang terletak di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah akan ditutup bermula 18 sehingga 31 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan malam tadi berkata, penutupan berkenaan selaras dengan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan PKPB di kawasan itu.

Menurut kenyataan itu, penutupan sekolah berkenaan membabitkan 22 guru dan anggota kumpulan pelaksana serta 214 murid.



“Sepanjang tempoh penutupan terbabit, pentadbir sekolah diarah untuk memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah,” menurut kenyataan itu.

Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.

Ismail Sabri semalam mengumumkan pelaksanaan PKPB selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) apabila mendengar cadangan daripada MKN Kedah mengenai situasi semasa Covid-19 di kampung berkenaan.

Sehingga 12 Oktober, sebanyak 236 individu di Kampung Padang Che Mas disaring secara bersasar dan diberikan arahan kuarantin selama 14 hari di rumah dan memakai gelang kuarantin, manakala 25 individu didapati positif Covid-19.-BERNAMA

 



2 murid SK Bangsar positif Covid-19, sekolah masih buka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker