Rundingan MH17: Australia, Belanda berang tindakan Rusia melarikan diri

CANBERRA – Australia hari ini menyertai Belanda mengecam keputusan Rusia menarik diri daripada perundingan berhubung penglibatan mereka dalam kejadian menembak jatuh pesawat MH17 di ruang udara Ukraine yang meragut 298 nyawa.

Menteri Luar, Marise Payne berkata, beliau sangat kecewa dengan perkara itu sehari selepas Moscow mengumumkan keputusan tersebut selain turut mendakwa cubaan ‘jahat’ untuk menuding jari menyalahkan Rusia termasuk mengemukakan kes tersebut di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR).

“Kami menggesa Moscow untuk kembali berunding,” ujarnya sambil menambah Canberra komited untuk mendapatkan keadilan dan akauntabiliti untuk mangsa penumpang MH17 termasuk 38 warga Australia dan waris keluarga mereka.

Tragedi MH17, Detik Hitam Yang Menyatukan Semua Usaha [Video]

Terdahulu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte memberitahu beliau juga terkejut dengan langkah diambil Moscow yang akan memberi kesan besar kepada keluarga mangsa penumpang.

Sementara itu, Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kouleba menyifatkan tindakan itu jelas menunjukkan Rusia takut dengan perkara sebenar yang berlaku di ruang udara wilayah Donbass pada 17 Julai 2014.

Difahamkan, Rusia akan terus memberi kerjasama dengan siasatan bersama The Hague namun dalam format yang berbeza. – AFP

MH17: Belanda heret Rusia ke ECHR

https://mykmu.net/2017/10/19/mitos-durian-belanda-sebagai-ubat-kanser/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker