Pemuda UMNO sokong penuh titah Agong

SHAH ALAM – Pemuda UMNO menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya mempamerkan kematangan dalam berpolitik, memahami dan menjiwai keluh kesah rakyat, di samping tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, nasihat tersebut amat bermakna dan sewajarnya diambil iktibar serta pedoman buat semua.

“Pemuda UMNO menjunjung kasih dan mendokong penuh titah dan saranan Seri Paduka Baginda.



PH Johor Tunjuk Belang Sebenar, Ingkar Titah Tuanku

“Fokus ketika ini seharusnya ditumpukan kepada agenda membantu rakyat yang sedang mendepani pandemik Covid-19 dan impak negatifnya. Ia memberi kesan langsung terhadap kedudukan ekonomi negara dan kebajikan rakyat yang ketika ini dihimpit rasa susah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yang di-Pertuan Agong hari ini menasihati semua rakyat Malaysia khususnya ahli politik bermuhasabah supaya negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu.



Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka Baginda memberi ingatan itu kerana negara masih lagi berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat ancaman pandemik Covid-19.

Agong: Jangan gusar, jangan sedih, ambil hikmah Covid-19



Related Articles

One Comment

  1. Usah hipokrit Pemuda UMNO, Hari ini bkn main memuji titah Baginda Agong, ttp dlm kalangan parti² politik lain pula jln ceritanya. “Gertak” itu ini, biar siapa bun berkuasa waktu ini. Sbg pemimpin cubalah fikirkan bagaimana nak menyelesaikan masalah n kesusahan yg dihadapi majoriti rakyat marhaem. Usah hipokrit, jujurlah dgn diri sendiri n rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker