Lelaki tendang kucing ke dalam laut berdepan penjara 10 tahun

ATHENS, GREECE – Seorang lelaki yang dirakam menendang seekor kucing hingga terjatuh ke dalam laut di Greece berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun selepas dia ditahan polis, lapor laman berita LadBible semalam.
Berdasarkan sebuah rakaman yang dikongsikan di media sosial, tiga individu dilihat sedang duduk di sebuah restoran berhadapan dengan sebuah pantai sebelum mereka dihampiri oleh dua ekor kucing.
Salah seorang daripada mereka kemudian dilihat mengacah salah seekor kucing ke bahagian tebing laut dengan menggunakan seekor ikan. Dia seterusnya menendang haiwan itu ke dalam laut.
Video itu menjadi tular di media sosial sehingga membawa kepada penahanan lelaki berkenaan.
Sekiranya didapati bersalah, dia berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun selain denda maksimum €50,000 (RM229,122).
Menurut laporan akhbar Metro UK, kucing yang menjadi mangsa itu ditemui dalam keadaan selamat oleh penduduk setempat dan dibawa menemui doktor haiwan.
Pada 2020, kerajaan Greece meluluskan satu undang-undang yang boleh menyebabkan pelaku yang menganiaya haiwan dihukum penjara sehingga 10 tahun.
Antara bentuk penganiayaan kepada haiwan yang tertakluk di bawah undang-undang itu adalah meracun, menggantung, melemaskan dan mencacatkan. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin
- Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya
- Bapa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi
- ‘Pakej Ambil Gambar Dahulu, Bayar Kemudian’ Buat Netizen Terhibur
- Pemimpin PAS saran Qisas – Hentak balik pembuli dengan meja
- Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis
- Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO]
- Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur (Video)
- Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud
- Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf
- 34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung
- Isham lapor polis terhadap Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)
You must be logged in to post a comment.