Anwar yakin dapat sokongan Melayu, tolak kajian ‘cacat’

Anwar yakin dapat sokongan Melayu, tolak kajian ‘cacat’

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak satu tinjauan pendapat yang mendakwa beliau hanya mendapat 24% sokongan orang Melayu.

Kajian oleh Ilham Centre yang berlangsung pada 11 hingga 27 Julai itu menganalisis maklum balas 2,416 responden di enam negeri yang melaksanakan pilihan raya esok.



“Saya tidak bersetuju.

“Ia satu analisis yang cacat, mungkin mereka (Ilham Centre) mengambil data di Kelantan dan membandingkan di Selangor.

“Tetapi di banyak lagi negeri, prestasi kita (kerajaan perpaduan) sangat baik. Saya sangat optimis,” katanya kepada wartawan selepas solat Jumaat di sebuah masjid di sini.

Dalam rumusan kajian itu, Ilham Centre berkata PRN akan menjadi ujian lapangan untuk menentukan corak sokongan orang Melayu di Semenanjung susulan perubahan trend pengundi pada PRU15.



Katanya, 24% sokongan Melayu oleh responden berbeza dengan sokongan orang Cina (88%) dan India (81%) serta lain-lain (75%).

Secara keseluruhan 42% responden berkata mereka berpuas hati dengan prestasi Anwar.

Dalam segi populariti, kajian mendapati Anwar, kerajaan perpaduan dan polisi Madani mendapat markah tinggi di negeri dikuasai Pakatan Harapan iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. FMT

Anwar yakin dapat sokongan Melayu, tolak kajian ‘cacat’



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis



Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal



Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker