Fahami maksud, perbezaan PKPB antara Sabah, Selangor, KL dan Putrajaya

Share

PUTRAJAYA: Berikutan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Putrajaya, dan Kuala Lumpur, ramai ingin mengetahui sejauh mana kelonggaran diberikan untuk penduduk berkenaan.

Ramai juga yang tertanya-tanya sama ada bolehkan mereka bekerja seperti biasa atau kembali ke era PKP di mana pergerakan sangat terhad dengan kebanyakan sektor ekonomi ditutup sepenuhnya.

Secara amnya, PKPB merupakan langkah kerajaan untuk memberi fokus kepada kawalan pergerakan berkaitan majlis sosial.

Sementara beberapa sektor ekonomi pula dibenarkan untuk beroperasi mengikut keperluan.

Bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan prosedur operasi standard (SOP) PKPB di Sabah, dan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.

Berikut perbezaan yang digariskan pihak berkuasa:

PKPB Sabah

Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan

Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah DITUTUP.

Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam lain adalah DITUTUP.

Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah TIDAK DIBENARKAN.

Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.

Kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhi SOP ketat yang telah dan akan dikeluarkan oleh MKN.

Pasar Borang, Pasar harian (6 pagi – 2 petang).

Kedai barang keperluan dan kedai runcit (6 pagi – 6 petang)

Restoran, kedai-kedai makan, warung-warung, kedai runcit dan serbaneka dibenarkan (6 pagi – 6 petang).

Bagaimanapun, terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away.

Operasi stesen minyak dibenarkan beroperasi (6 pagi – 6 petang)
Perkhidmatan teksi/ e-hailing dan penghantaran makanan juga dibenarkan (6 pagi – 8 malam).

Bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.

Farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa (6 pagi hingga 6 petang).

Operasi klinik dan hospital kerajaan dibenarkan beroperasi 24 jam.

Sektor perikanan, perladangan, pertanian adalah dibenarkan.

Bagi sektor perniagaan dan perkilangan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang ingin beroperasi boleh memohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah

PKPB Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya

Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.

Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.

Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Awani

PKPB: Jangan dek ghairah balik kampung, akhirnya orang tua dijangkiti COVID-19

Leave a Reply