ADUN UMNO dilantik Setpol MB Perak

Share

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pelantikan tersebut dibuat bagi menggantikan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Menurutnya, Iskandar Dzulkarnain kini diberikan amanah baharu menguruskan hal ehwal berkaitan tanggungjawab beliau sebagai Timbalan Presiden Bersatu dan lain-lain urusan di peringkat Persekutuan.

“Pelantikan Datuk Aznel sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak yang baharu juga adalah manifestasi komitmen saya kepada kerjasama dengan UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan tadbir urus dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan utuh.

“Saya yakin pelantikan Datuk Aznel akan mengukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin di antara kepimpinan Bersatu, UMNO dan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Aznel merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik menjadi ADUN Pengkalan Hulu sejak tahun 2013.

Terima kasih Bersatu: UMNO Perak

Leave a Reply