Semoga Allah terima taubat saya – Sana Khan

Pelakon popular Bollywood, Sana Khan mengambil keputusan berhijrah dan memaklumkan akan meninggalkan dunia hiburan buat selama-lamanya.

Hindustan Times melaporkan Sana turut membayangkan dia tidak ingin lagi terlibat dalam industri hiburan dan mahu mendekatkan diri dengan agama.

Sana juga berharap dia mengambil keputusan yang tepat dan berdoa supaya Allah menghapuskan dosa-dosa yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.
“Saya memohon untuk mendoakan supaya Allah menerima taubat saya dan memberi saya kekuatan untuk meneruskan hidup ini.

“Saya nekad untuk menghabiskan hidup mengikuti ajaran pencipta dalam melayari kehidupan sebagai manusia.



“Mulai hari ini dan seterusnya, saya telah memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal pada dunia hiburan saya selamanya,” tulis wanita berusia 32 tahun itu.

Sana Khan memulakan karier seni sejak 2005 dan telah membintangi puluhan filem serta drama televisyen serta terkenal dengan penampilan seksi.

Sejak kebelakangan ini, namanya sering menjadi pilihan sebagai calon dalam program anugerah terbesar di India dan Asia. MG



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker