Lagi letupan besar berlaku di Beirut

Satu letupan berlaku di sebuah gudang di bandar ini mengorbankan empat orang dan mencederakan lebih 50 orang.

Letupan tersebut berlaku di kawasan kejiranan dekat Tariq El Jdide selepas sebuah lori tangki minyak tiba-tiba terbakar dan meletup.

Api yang menjulang akibat kebakaran itu menyebabkan ia merebak di sekitar kawasan berkenaan.

Pemilik gudang yang menyimpan petrol di dalam stor berkenaan telah ditahan.



Beberapa apartment di kawasan itu turut terbakar.

Pasukan penyelamat sedang menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap di dalam kediaman.

Kanak-kanak antara yang cedera parah akibat melecur.

Penjaga Kementerian Kesihatan, Hamad Hassan meminta semua hospital menerima mangsa yang cedera dan rawatan akan ditanggung oleh kementerian.



Punca letupan masih disiasat.

Letupan itu menimbulkan rasa panik selepas letupan besar berlaku di bandar pelabuhan dekat Lubnan berlaku pada Ogos lalu yang mengorbankan lebih 200 orang mangsa. MG

Letupan di Beirut, Lubnan, disifatkan terkuat dalam dekad ini [Video]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker