UiTM nafi halau pelajar susulan penangguhan pendaftaran secara fizikal

PETALING JAYA: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menegaskan pihaknya tidak menghalau pelajar dari kampus minggu lalu susulan pengumuman penangguhan pendaftaran secara bersemuka di institusi pengajian tinggi (IPT) secara tiba-tiba oleh kementerian pengajian tinggi.

UiTM berkata demikian menjawab kepada pertanyaan selepas sumber di kerajaan menegaskan universiti itu perlu dipersalahkan kerana menyebabkan banyak pelajar terkandas.

Bercakap kepada FMT,UiTM nafi halau pelajar susulan penangguhan pendaftaran secara fizikal sumber itu berkata universiti itu, yang mempunyai kampus di pelbagai negeri, adalah satu-satunya universiti yang menghalau pelajar menyebabkan ramai terkandas.



“Memang betul cadangan kementerian kepada universiti untuk tangguhkan pendaftaran bersemuka itu pada saat-saat terakhir selepas kes Covid-19 naik. Ini untuk memastikan keselamatan semua orang.

“Tetapi kementerian tak minta mana-mana universiti halau pelajar, notis itu jelas, sekiranya mereka sudah berada di kampus, mereka boleh kekal di kampus.”

Moratorium kepada peminjam PTPTN sehingga Disember – Menteri KPT



Bagaimanapun, Ketua Komunikasi UiTM, Zulkipli Abu Bakar menafikannya, memberitahu FMT universiti itu tidak pernah meminta pelajar meninggalkan kampus.

“Mereka diberi pilihan. Malah, mereka diberi insentif RM100, seperti yang diumumkan. Ini hanya salah faham dan berlaku kekeliruan,” katanya.

Media sosial dipenuhi dengan aduan pelajar dan ibu bapa mereka minggu lalu kerana notis lewat mengenai penangguhan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka, menyebabkan banyak pelajar terkandas.

Ramai bimbang pelajar yang merentas negeri ke universiti masing-masing mungkin tidak mempunyai wang yang cukup untuk sama ada pulang semula atau menunggu arahan seterusnya.



Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad, memohon maaf atas kesulitan yang timbul, mengatakan cadangan penangguhan serta-merta pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT dibuat susulan peningkatan mendadak kes Covid-19.

Lukis karikatur hina Menteri Agama, Fahmi Reza dinasihat tidak keterlaluan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker