Pelantikan Azmin dan peruntukan Jasa satu kebetulan ?

Apabila Menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa tidak tahu berhubung peruntukan besar yang diperuntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), ia menimbulkan banyak tanda tanya.

Pertama, apakah beliau seorang menteri yang tidak ada kelas, sekali gus menambah lagi garam kepada kredibiliti Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikritik kuat berikutan Belanjawan 2021.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, mana mungkin Saifuddin tidak tahu.

”Jangan nanti rakyat tuduh Menteri PN buat kerja cincai di saat rakyat memerlukan kerajaan yang serius dan tidak politiking,” katanya dalam hantaran di Facebook.



Kedua, siapa yang memandai-mandai menjadikan bajet JASA begitu besar.

“Tidak mungkin Perdana Menteri (PM) apatah lagi KSU (Ketua Setiausaha). Apakah ada menteri yang lebih berkuasa. Elok Saifuddin berterus terang.

”Ketiga, mungkin Saifuddin bercakap benar. Dia hanya mangsa kepada ‘hidden agenda dan politiking dalaman’,” tambah Mohd Puad sambil menyifatkan keadaan itu sebagai nasi sudah jadi bubur.

Namun, ujar beliau, kenyataan Saifuddin telah mencemarkan imej PM dan Kerajaan PN.



Apapun, eloklah kurangkan bajet JASA.

Tetapi ambil balik bekas pegawai JASA yang ditamatkan kontrak dan jadikan JASA agensi yang efektif dengan bajet munasabah.

”Apa pun tahniah Azmin Ali. Bukan setakat dilantik Ketua Penerangan PN tetapi Pengarah Pilihanraya PN. Apakah ini kebetulan?,” soal beliau.

Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan terkejut melihat peruntukan RM85.5 juta untuk JASA dalam Belanjawan 2021.



Saifuddin tahu jabatan itu hendak dihidupkan semula, kata mereka, tetapi beliau tidak dimaklumkan jumlah peruntukannya, yang kini jadi perhatian umum selepas Belanjawan 2021 dibentang di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu. MG

Azmin dilantik pengarah pilihan raya PN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker