Azmin dilantik pengarah pilihan raya PN

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai pengarah pilihan raya gabungan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 15.

Pelantikan itu dimaklumkan Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan.

Menurut Hamzah, ketetapan itu dibuat oleh Majlis Tertinggi PN yang bermesyuarat pada 9 November 2020.

“Majlis Tertinggi (PN) bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Badan Perhubungan Negeri PN bagi menyelaraskan aktiviti parti di peringkat negeri.

“Dalam hal ini, Pengerusi PN akan melantik Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang akan memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat Badan Perhubungan Negeri.

“Selain itu, Majlis Tertinggi PN juga bersetuju sebulat suara melantik Mohamed Azmin Ali sebagai pengarah pilihan raya PN bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya parti,” katanya.

Selain itu, menurut Hamzah, Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khiruddin dilantik sebagai ketua Pemuda PN.

“Sayap Pemuda PN yang dipimpin oleh Khairil Nizam Khiruddin juga diminta untuk merancakkan lagi aktiviti di peringkat akar umbi agar dapat merapatkan silaturahim antara ahli-ahli parti.

“Majlis Tertinggi percaya keputusan-keputusan ini bakal memantapkan lagi gerak kerja Perikatan Nasional di semua peringkat dan menambah baik koordinasi dalam kalangan parti-parti komponen PN,”katanya.

Khairil dilantik sebagai ketua Pemuda PAS pada Jun 2019. Penggalnya akan tamat pada 2021. Mk

Azmin, Zuraida dilantik anggota MPT Bersatu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker