KWSP : Najib jawab tuduhan nampak macam hero

Ternyata mereka yang memusuhi Najib dan UMNO cuba menyebarkan propaganda bahawa apa yang Najib Razak dan BN sedang bawa keluhan rakyat adalah semata-mata mahu jadi populis dan nampak seperti pejuang rakyat.

Berikut adalah dari laman facebook Najib Razak : –

Ada yang tuduh cadangan KWSP RM10k dan lanjutan moratorium pinjam cuma sekadar permainan populis saya supaya saya nampak macam hero.

Ok. Kepada mereka, saya ada satu soalan paling simple.



Soalan: Jika bajet 2019 sebanyak RM314.5 bilion tidak dapat selamatkan ekonomi pada tahun tiada krisis Covid, bagaimana pula bajet 2021 sebanyak RM322.5 bilion (RM8 bilion atau cuma 2.5% lebih tinggi) mampu menyelamatkan negara semasa krisis Covid melanda seluruh negara dan dunia?

Jawab soalan itu sahaja.

Langkah pengeluaran KWSP RM10k dan lanjutan moratorium adalah langkah untuk menambah dana ke dalam kitaran ekonomi kita demi merancakkan ekonomi ktia tanpa memberi impak kepada saiz bajet dan defisit negara disamping memberi sedikit ruang kelegaan kepada mereka yang paling terdesak.

Ini bukan populis. Ini strategi ekonomi.



NAJIB RAZAK

https://mykmu.net/2018/03/10/azmin-kena-jawab-dgn-rakyat-bukan-najib/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker