Berhenti salah dan tuding jari – IWK

SHAH ALAM – Indah Water Konsortium (IWK) meminta semua pihak supaya berhenti menuding jari atau menyalahkan syarikat itu namun membawa pelaku ke muka pengadilan.

Perkara itu dikongsi menerusi akaun rasmi Facebook (FB) IWK yang memaklumkan pencemaran berpunca daripada pembuangan sisa secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Untuk makluman, loji-loji rawatan kumbahan (LRK) IWK hanya boleh merawat sisa kumbahan dan bukannnya sisa haram atau cecair daripada industri yang masuk ke dalam loji.

“Tuduhan tidak berasas itu bukan saja merosakkan reputasi kita, tetapi juga orang-orang kita.



“Berhentilah menyalahkan dan menuding jari, dan mulai membawa para pelaku ke muka pengadilan,” katanya menerusi dua kenyataan berasingan hari ini.

Semalam, IWK menafikan dakwaan syarikat itu menjadi punca pencemaran sehingga mengakibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang dihenti tugas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Narendran Maniam memaklumkan pembebasan sisa kumbahan dihentikan pada 4 November lalu selepas mengesan sisa buangan haram dibuang dalam sistem pembentungannya.

Menurutnya, LRA yang terjejas terpaksa menghentikan aliran selama beberapa hari bagi mengelak tumpahan ke sistem perairan dan IWK turut melaksanakan rawatan menggunakan enzim bagi meneutralkan proses. – K! ONLINE



Mudahnya Pakatan Harapan menyalahkan orang lain

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker