Bayi Mati ‘Hidup’ Semula Semasa Upacara Pengebumian

Share

Di India, berlaku satu kejadian pelik di mana seorang bayi lelaki yang berusia kurang satu tahun ‘hidup’ semula setelah disahkan meninggal dunia. Ketika kejadian, kematian bayi itu disahkan oleh seorang ahli farmasi.

Sebenarnya tidak mati

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan The Sun, bayi tersebut dibawa ke Hospital Muttuck Tea Estate di Dibrugarh India, pada Ahad yang lepas. Ketika kejadian, seorang ahli farmasi membuat andaian sendiri dan menyatakan bayi sudah meninggal dunia, tanpa pengesahan doktor. Mendapat berita sedih itu, keluarga bayi itu membawa anaknya pulang dan melakukan proses pengebumian.

Peliknya, ketika proses hendak meletakkan mayat bayi itu ke dalam tanah, bayi itu mula menunjukkan tindak balas yang dia ketika itu masih bernafas

Bayi yang ‘mati’ terbangun hanya beberapa minit sebelum dia dikebumikan

Cemas dengan apa yang terjadi, mereka membawa bayi tersebut ke hospital bagi melakukan pemeriksaan, malangnya bayi itu disahkan meninggal dunia ketika sampai di hospital.

Belum ‘mati’ pada mulanya

Gambar sekadar hiasan

Pada kali pertama mereka datang ke hospital, rupa-rupanya bayi itu belum meninggal dunia ketika diperiksa oleh ahli farmasi tersebut. Kini, lelaki (ahli farmasi) tersebut akan berhadapan dengan tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukan olehnya. Dia telah ditangkap oleh pihak polis pada Isnin yang lalu dan dituduh membuat pengisytiharan kematian tanpa pengesahan yang tepat.

Besar kemungkinan, bayi itu masih boleh diselamatkan jika ahli farmasi itu tidak menyatakan sedemikan kepada ahli keluarganya. Tambahan pula, rawatan yang khusus dapat diberikan ketika itu.- OHBulan

Sumber: The Sun

 

Perbelanjaan Sebanyak RM280 000, Ini Kos Pengebumian Paling Mahal Di Dunia!

Leave a Reply