Isu faedah hutang peneroka: Shahrir anggap Azmin gila korporat · MYKMU.NET

Isu faedah hutang peneroka: Shahrir anggap Azmin gila korporat

Share

Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengecam Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dianggap sebagai gila korporat.

Kritikan bekas Pengerusi Felda itu ekoran peruntukan Belanjawan 2021 bagi penghapusan faedah hutang kebun peneroka dan program pendapatan tambahan golongan tersebut.

“Maklumat yang mengelirukan! Kalau RM300 juta untuk hapuskan faedah hutang bagi 4,093 peneroka, ianya hampir RM73,000 setiap seorang peneroka!

“Rupa-rupanya hanya 4,093 akaun peneroka sudah dimuktamadkan oleh E & Y (Ernst & Young) pada 2019 kerana Azmin Ali telah gajikan syarikat perakaunan untuk ambil alih proses memuktamadkan akaun-akaun peneroka,” bidasnya.

Untuk rekod, Ernst & Young ialah firma perakaunan yang melakukan kajian forensik terhadap kedudukan kewangan Felda yang kemudiannya terkandung dalam Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen oleh Azmin pada 10 April 2019 ketika menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Kerta Putih itu mendedahkan lapan pelaburan Felda bernilai RM4.4 bilion telah susut nilai sebanyak 50 peratus kepada RM2.2 bilion selain daripada isu berkaitan pelanggaran proses dan tatacara pelaburan Felda.

Mengulas lanjut, Shahrir yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru menegaskan maklumat mengenai Felda begitu mengelirukan.

“Tak mahu pakai maklumat dan hasil kerja bahagian kewangan Felda sendiri. Lebih percaya kepada syarikat perakaunan korporat. Bayar sajalah.

“Pokoknya, maklumat mengenai Felda pun begitu mengelirukan! Bagi peneroka, yang penting hasil dari kebun sawit mereka tetap tinggi kerana harga sawit pun tinggi.

“Jangan keliru dek kegilaan korporat Azmin Ali!” tempelaknya lagi menerusi Facebook rasminya atas nama Shahrir Samad – Tok Uban itu.
MD

KERTAS PUTIH FELDA – APA FAEDAH UNTUK PENEROKA? (EPISOD 1.5)

Leave a Reply