KERTAS PUTIH FELDA – APA FAEDAH UNTUK PENEROKA? (EPISOD 1.5)

Share

FIC LABUR HANYA UNTUK BEBANKAN PENEROKA FELDA?

 

 

Felda Investment Corporation (FIC) banyak melakukan pelaburan dalam bidang hartanah yang berpotensi memberi keuntungan, akan tetapi setiap tahun Peneroka Felda disajikan dengan laporan defisit dan tiada keuntungan daripada pelaburan yang telah dibuat. Mengikut laporan Kertas Putih yang dibentangkan Azmin Ali di Parlimen ketika menjawat jawatan Menteri Ekonomi, Felda mengalami kerugian besar menerusi pelaburan yang dilakukan namun terdapat banyak maklumat yang meragukan dan boleh dipertikaikan.

Umum sedia maklum, sesuatu pembentangan kertas putih dilakukan adalah untuk memaparkan maklumat sahih dan munasabah berdasarkan dokumen, perjanjian, keuntungan serta tindakan yang diambil bagi menjelaskan status setiap pelaburan yang dibuat berdasarkan laporan yang disediakan oleh penganalisa pelaburan yang bertauliah.

Tidak dapat dinafikan juga terdapat kewujudan Kertas Putih yang digunakan untuk kepentingan politik bagi mewujudkan keraguan terhadap pihk tertentu dalam pengurusan Felda. BN telah kalah dalam PRU14 dan pentadbiran Felda diambil-alih oleh Pakatan Harapan, maka tidak menghairankan rombakan besar-besaran dilakukan dalam pengurusan Felda sekaligus terdapat ‘politik dendam’ terbit bagi memburukkan imej kerajaan terdahulu.

Selaku Menteri bertanggungjawab, Azmin Ali perlu merungkaikan apa sebenarnya yang dirangkum dalam Kertas Putih. Menerusi beberapa dokumen, terdapat percanggahan besar yang perlu dirungkaikan berkaitan fakta sebenar yang cuba diselindungkan dari pengetahuan peneroka dan orang ramai. Benarkah semua persoalan ini dan Kertas Putih yang dibentangkan Azmin Ali selama ini hanya bermotifkan politik? Siapa yang mengarahkannya dan siapa pula di’kambing hitam’kan?

-bersambung-

KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)

Gerakan Ku Li raih lebih majoriti, pinggir Anwar

 

Leave a Reply