Covid-19: Najib minta Pusat bantu Sabah dengan segera

Share

Saya amat risau tentang keadaan Covid di Sabah yang terus mencatat jumlah kes baru yang tinggi setiap hari.

Kebimbangan saya ialah perang Covid di Sabah mungkin akan mengambil masa yang agak lama.

Sebagai langkah berjaga-jaga, saya harap kerajaan pusat akan :

1. Segera menyediakan pusat-pusat kuarantin yang secukupnya dekat dengan setiap hospital dalam daerah hot-spot.

Mereka yang positif Covid tetapi tidak mempunyai gejala atau hanya gejala ringan.boleh dipindahkan dari hospital dan ditempatkan di situ supaya hospital boleh fokus kepada kes Covid yang lebih serious.

Pendekatan ini telah diambil di negara jiran Singapura di mana pesakit-pesakit Covid yang tidak serious dihantar ke resort atau hotel yang dikawal dan dijaga oleh staff kementerian kesihatan.

2. Kenal pasti front-liners kementerian kesihatan di semenanjung Malaysia dan Sarawak yang sanggup dihantar dengan segara untuk membantu berkhidmat di Sabah dalam masa terdekat jika diperlukan.

3. Mengumpul atau membeli PPE, kelengkapan dan ubat yang mencukupi untuk dihantar ke Sabah.

Kesemua langkah di atas tidak menelan perbelanjaan yang besar.

Sediakan dulu. Ianya tidak membazir sangat jika tidak diperlukan tapi jika kita tak bersedia, akibatnya parah.

Pada masa yang sama, kerajaan pusat juga perlu bertimbang memberi dana yang cukup besar bagi kerajaan Sabah untuk segera membantu Rakyat serta perniagaan yang tertekan akibat PKP dan ekonomi yang lembab.

Untuk tujuan ini, segera agihkan bayaran cukai jualan petroleum kepada Sabah seperti dana RM2.9 bilion yang telah dibayar kepada Sarawak bulan lalu.

Ianya tanggungjawab kerajaan pusat untuk membantu Sabah.

NAJIB RAZAK

Leave a Reply