RON95, RON97 turun empat sen, diesel turun satu sen

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 turun empat sen seliter iaitu pada paras RM1.67 seliter daripada RM1.71 seliter berkuat kuasa pukul 12 tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan akhbar berkata, harga runcit produk petroleum tersebut adalah bagi tempoh 10 sehingga 16 Oktober.

“Selain itu, harga runcit petrol RON97 juga turun empat sen seliter iaitu pada paras RM1.97 seliter daripada RM2.01 seliter.

“Harga runcit diesel pula turun satu sen seliter iaitu pada paras RM1.69 seliter daripada RM1.70 seliter,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan memaklumkan, penetapan harga runcit produk petroleum tersebut secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. -K!ONLINE

 

https://mykmu.net/2018/02/20/harga-petrol-lagi-mahal-zaman-mahathir/

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker