Serangan berdarah di Masjid Al Noor, Christchurch di “strim” secara langsung (Video)

Serangan berdarah di Masjid al Noor, Christchurch hari ini telah distrim secara langsung selama 17 minit oleh penyerang.

NZ Herald melaporkan, penembak yang memperkenalkan diri sebagai ‘Brenton Tarrant’, seorang lelaki berkulit putih dan berusia 28 tahun dilahirkan di Australia.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand mengesahkan seorang rakyat Malaysia cedera dalam serangan masjid di Christchurch, hari ini.

“Mangsa sedang dirawat di hospital.



“Suruhanjaya tinggi sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan butiran mangsa,” kata Suruhanjaya Tinggi Malaysia menerusi Twitternya.

Terdahulu, polis mengesahkan sekurang-kurangnya 2 masjid menjadi sasaran penembak, ketika umat Islam menunaikan sembahyang Jumaat menyebabkan pihak berkuasa mengisytiharkan keadaan “penembak aktif”.

Pihak berkuasa menutup kawasan tengah Christchurch, dengan polis melaporkan ramai mangsa cedera di Masjid Al Noor ketika tembakan berlaku sekitar 1.40 tengah hari tadi (waktu tempatan).

Polis New Zealand dilaporkan sedang memburu seorang penembak yang melarikan diri selepas menyerang masjid itu dan menasihatkan penduduk di Christchurch tidak keluar rumah sehingga notis lanjut dikeluarkan.



Semua sekolah di Christchurch turut ditutup dan Perdana Menteri, Jacinda Ardern membatalkan jadualnya untuk menumpukan perhatian terhadap kejadian itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker