Jelaskan, naskhah akhir Sandra Dianne [ VIDEO ]

 

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah menutup usia pada bulan lalu, namun penyanyi Sandra Dianne sempat meninggalkan karya suaranya untuk dendangan ramai.

Jelaskan, merupakan judul lagu baharu penyanyi yang berasal dari Sabah itu telah dilancarkan pada 2 Oktober lalu.



Sony Music Malaysia berkata, pihaknya telah melancarkan lagu balada itu tiga minggu selepas Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 11 September lalu.

“Sebagai syarikat pengurusan Sandra, kami memutuskan untuk berkongsi lagu ini yang cukup bermakna buat Allahyarham.

“Lagu ini mengisahkan mengenai cinta yang berakhir di tengah jalan iaitu pasangan memutuskan untuk berlalu pergi tanpa sebarang penjelasan,” kata wakil syarikat tersebut, Vea Norman pada Isnin.

 

Menurutnya lagi, Sandra telah menulis lagu itu pada tahun lalu dan dirakam Mei 2020.



“Rakaman lagu tersebut mengambil sedikit masa kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Susunan muzik dilakukan di Kuala Lumpur manakala vokalnya direkod di Sabah,” kata Vea.

Bagaimanapun katanya, pihak produksi tidak berpuas hati dengan kualiti rakaman dan perlu menunggu Sandra pulang ke Kuala Lumpur untuk merakamnya semula.

“Allahyarham merakam lagu itu beberapa kali hingga dia mempunyai emosi yang sepatutnya untuk lagu tersebut,” jelas Vea.



Allahyarham Sandra merupakan peserta Big Stage 2020 meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pada 5 September lalu.-Awani

 

Konsert minggu kelima Big Stage ditangguh, Astro hormati pemergian Sandra



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker