32 hari berturut-turut Vietnam tiada kes COVID-19, apa langkah mereka?

Share

HANOI, 17 Safar 1442H, Isnin – Tiada kes baharu COVID-19 dilaporkan di Vietnam, menandakan hari ke-32 berturut-turut tanpa jangkitan dalam kalangan masyarakat, menurut Jawatankuasa Pengendali Nasional untuk Pencegahan dan Pengawalan COVID-19.

Negara itu setakat ini mengesahkan 1,096 kes COVID-19, termasuk 691 jangkitan tempatan dan selebihnya kes yang diimport, katanya lagi.

Di antara pesakit yang sedang menjalani rawatan, seorang telah diujii negatif untuk novel coronavirus SARS-CoV-2 sekali, dua pesakit untuk kali kedua dan empat orang bagi ujian kali ketiga, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Kegagalan Penganiayaan Politik Di Mahkamah 3 Kali Berturut – Turut

Setakat ini, 1,020 pesakit berjaya dirawat dan kini tiada pesakit dalam keadaan kritikal.

Angka kematian akibat penyakit itu kekal pada 35, kebanyakan mereka warga tua dengan keadaan yang serius.

Seramai 16,447 orang yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit COVID-19 atau memasuki Vietnam dari wilayah yang dilanda pandemik sedang dikuarantin di seluruh daerah, termasuk 718 di hospital, 11,212 di pusat kuarantin, dan 4,547 di rumah

22 GRO, pelacur kena cekup

Leave a Reply