Minyak keluar dari celah tanah di Port Dickson

Hasrat seorang nelayan untuk menjala ikan terencat apabila melihat air laut seperti ada tumpahan minyak berdekatan pantai, di Kilometer 1, Jalan Seremban-Port Dickson, di sini, petang semalam.

Nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai Mat Isa Mat Hassan, 64, berkata dia cuba mencari punca minyak yang mengalir ke laut berwarna hitam yang berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Gelam itu.

“Pada mulanya, saya sangkakan ada pencemaran atau orang membuang sisa toksik, namun selepas itu saya lihat minyak muncul dari celah tanah yang dipenuhi rumput dan terus mengalir ke longkang.

“Saya memberitahu beberapa kawan dan mereka maklumkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Datuk M Ravi yang datang sendiri melihat kesan ‘minyak mentah’ itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.



Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, pihaknya masih menunggu hasil siasatan pihak berkuasa yang berkaitan.

Katanya, beliau dihubungi Ravi mengenai perkara itu sebelum menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Anggota TNB tiba awal di lokasi kejadian diikuti dengan bomba. Sebagai langkah awal, TNB telah pasang ‘perangkap minyak’ (oil boom) di beberapa kawasan longkang bagi mengawal minyak daripada terus mengalir ke laut.

“Kerja-kerja ini dibantu oleh pasukan bomba semasa saya berada di lokasi untuk melihat sendiri keadaan yang berlaku,” katanya ketika dihubungi.



Katanya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga sudah dimaklumkan dan tiba ke lokasi kejadian untuk mengambil sampel. BH

Giliran pemuda PKR Port Dickson keluar parti



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker