Covid-19 : 293 kes hari ini

Malaysia mencatat kes rekod tertinggi harian Covid-19 selama tiga hari berturut-turut, sejak 4 Jun lalu.

Jumlah jangkitan baru Covid-19 setakat jam 12 tengah hari tadi adalah sebanyak 293 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 1,961 kes.

Daripada 292 kes penularan tempatan, 269 kes melibatkan warganegara dan 23 kes lagi bukan warganegara.



Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat 28 pesakit menerima rawatan di ICU dengan empat pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan

COVID-19; 4 Okt 2020

Jumlah discaj baru:67
Jumlah kumulatif:10283 (83.05%)

Jumlah kes baru;293
Jumlah kumulatif:12381
Jumlah kes aktif:1961



Kes tempatan:292 (269WN, 23BWN)
Kes import1 BWN

Jumlah kematian:0
Jumlah kumulatif: 137 (1.1%)

Jumlah kes di ICU:28
Pesakit intubated:4

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di kawasan Penjara Alor Setar Kedah.



Mengambil kira peningkatan jumlah kes yang berlaku, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di kawasan penjara termasuk kuarters kakitangan selama 14 hari berkuatkuasa mulai jam 12.01 tengah malam, 6 Oktober 2020.

Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam kawasan tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan.

Sepanjang tempoh ini juga, sebarang pergerakan keluar dan masuk melibatkan kawasan ini termasuk lawatan oleh keluarga tahanan adalah tidak dibenarkan.

Sabah +126kes, Kedah +113kes, Selangor +31kes, Johor +8kes, Labuan 5kes , KL +3kes, Perak +2kes, Kelantan +1kes, Penang +1kes, Sarawak +1kes, Nogori +2kes, Pahang 0kes, Putrajaya 0kes, Terengganu 0kes, Perlis 0kes



Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker