Honda sahkan kematian ke-17 akibat pengembung beg udara

Honda Motor Co. mengesahkan kematian mangsa ke-17 yang disebabkan oleh kerosakan pengembung beg udara Takata.

Pembuat kenderaan Jepun itu memaklumkan perkara tersebut setelah pemeriksaan dijalankan bersama Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Nasional Amerika Syarikat (NHTSA) mengesahkan berlaku kesilapan dalam pengembung beg udara hingga menjadi punca kemalangan ke atas pemandu Honda Civic 2002 pada 20 Ogos lalu.

Kecacatan yang berlaku dalam keadaan jarang berlaku sehingga pengembung beg udara pecah dan mengakibatkan serpihan logam berterbangan.

Kes itu mengakibatkan panggilan semula besar-besaran dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) selepas 15 kematian pada kenderaan Honda dan dua Ford Motor Co FN sejak 2009.

Lebih daripada 290 kecederaan juga dikaitkan dengan kerosakan alat itu.

Setakat ini sekurang-kurangnya 26 kematian di seluruh dunia berpunca daripada kerosakan pengembung beg udara tersebut.

Honda mengatakan telah membuat panggilan balik Civic 2002 sejak Disember 2011 untuk penggantian pengembung beg udara depan pemandu, sementara pengembung beg udara depan penumpang dipanggil semula pada tahun 2014.

Honda menghantar lebih daripada 15 notis panggilan semula selama lapan tahun kepada pemilik kenderaan itu sebelum kemalangan berlaku.

Pemandu yang terbunuh itu bukan pemilik yang berdaftar dan Honda mengatakan tidak pasti jika pemandu tahu mengenai panggilan yang tidak dijawab.

Kejadian kemalangan disebabkan isu sama di AS melibatkan kematian seorang pemandu pada Jun 2018 selepas nahas Honda Civic tahun 2002 di Buckeye, Arizona.

Takata telah memanggil semula kira-kira 100 juta pengembung beg udara di 19 pengilang utama automotif termasuk 63 juta di AS. MG

MPV Honda Civic kereta peronda baharu PDRM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker