Herizal Hazri ketua eksekutif ISIS Malaysia
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Herizal Hazri sebagai ketua eksekutif institut berkenaan.
Dalam kenyataan, ISIS berkata Herizal dikenali kerana hubungan baiknya dengan kumpulan pemikir, masyarakat sivil dan kerajaan terutamanya dalam bidang pembangunan dan demokrasi.
Kenyataan tersebut turut mengatakan Herizal pernah bekerja di 11 negara Asia, termasuk Indonesia, Timor Leste, Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar, Pakistan, Afghanistan, Sri Lanka, Bangladesh dan Taiwan.
“Pada 2004, Herizal terlibat dalam misi pemerhati antarabangsa untuk pemilihan presiden Afghanistan dan turut bertindak sebagai pemerhati di Pakistan, Afghanistan dan Iran.
“Herizal juga juga pernah berkhidmat sebagai ahli “International Contact Group” untuk proses perdamaian di Mindanao, di mana beliau membantu Putrajaya untuk memudahcara bagi misi keamanan berkenaan,” kata kenyataan tersebut. FMT
Pecah amanah RM2.6 juta, bekas eksekutif akaun Yayasan Nurul Yaqeen akan didakwa hari ini