Pemimpin Utama PAS Berkias Johor Tidak Maju Kerana Tiada PAS?

Oleh Megat Terawih

Naib Presiden PAS Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan yang terkenal dengan membuat kenyataan kontroversi sekali lagi menimbulkan pelbagai andaian dari banyak pihak.

Mohd Amar menyelar UMNO di dalam ceramahnya yang terbaharu dengan mengatakan Singapura maju kerana tiada UMNO di sana.



Banyak reaksi berbeza bagi menjawab kenyataan kurang cerdik pemimpin utama PAS di saat kempen pilihanraya negeri Johor hanya berbaki beberapa hari lagi.

Ada yang melihat mesej yang beliau ingin sampaikan bahawa Johor akan maju sekiranya pengundi pilih PAS dan menolak UMNO.

Mohd Amar seolah-olah ingin menjadikan Kelantan sebagai contoh kerana PAS telah memerintah Kelantan lebih dari 30 tahun. Walaupun realitinya apa ada di Kelantan?



Masalah air selama 30 tahun PAS tidak mampu selesaikan walaupun setiap kali pilihanraya umum, manifesto utama PAS Kelantan adalah memberi air bersih kepada rakyat dan tiada lagi warna ‘air teh’ keluar dari paip kegunaan harian. Lebih teruk bukan setakat berselut, bekalan air sentiasa putus sepanjang 30 tahun.

Pernah Mohd Amar di dalam ceramahnya menyuruh rakyat minum air Sungai Kelantan yang tidak pernah surut. Dengan sinis beliau memberitahu rakyat bahawa beliau membesar dengan meminum air tersebut?

Ketika mengeluarkan kenyataan terbaharu itu, Mohd Amar lupa, berapa puluh ribu rakyat Kelantan sedang mencari rezeki di Johor?

Bangsa Johor tidak mudah ditipu oleh lebai politik.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker