#PRNJohor: Mahathir Beri Isyarat Pejuang Kalah

Oleh Megat Terawih

Semalam Mahathir tiba-tiba membuat kenyataan bahawa beliau tidak akan pertahankan kerusi parlimen Langkawi yang dimenanginya pada pilihanraya ke 14 lalu.

Pengumuman tersebut dibuat ketika Pejuang dan parti-parti lawan Barisan Nasional yang lain sekarang sedang bergelut di pilihanraya negeri Johor. Rata-rata petugas kempen terkejut dan kenyataan tersebut merencatkan momentum mereka merayu undi di sana.

Sebelum ini Mahathir yang baru sahaja keluar dari hospital IJN ekoran masalah jantung yang semakin kerap dilihat garang menyerang Najib Razak dan UMNO BN sewaktu turun berkempen di Ayer Hitam.

Walaupun di dalam keadaan uzur sehinggakan tidak mampu memegang lama mikrofon, Mahathir ketika berceramah lantang memutar belit isu 1MDB dengan mengaibkan Najib dengan gelaran perompak, penyamun dan banduan walaupun Mahathir tahu perbicaraan masih berjalan di peringkat akhir. Malah lebih dahsyat, terkini di mahkamah Amerika banyak nama dalang yang terbabit dipetik dan ianya amat mengelirukan dengan pertuduhan terhadap Najib Razak.

Tidak puas beliau menghina dan mencerca Najib di Johor, Mahathir sambung pula penghinaan itu di dalam dewan parlimen.

Namun semalam umpama klimak kepada perjalanan kempen Mahathir dan sekutunya apabila berbaki hanya tiga hari lagi, Mahathir membuat kenyataan ‘sedih’ bahawa beliau tidak akan lagi bertanding di pilihanraya umum ke 15. Menurut sumber bukan kerana faktor umur tetapi Mahathir tahu bukan sahaja di Johor malah di pilihanraya umum nanti beliau juga akan turut dikalahkan.

Strategi menghina dan mengaibkan Najib memakan diri. Mahathir sudah memberi isyarat jelas kepada pengundi di Johor bahawa Barisan Nasional akan menang dan blok anti UMNO BN bakal menerima nasib yang sama seperti di pilihanraya negeri Melaka.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker