Akar umbi UMNO mahu pimpinan kaji semula hubungan dengan Bersatu

Sudah berbuih kami akar umbi bercakap Bersatu tidak layak untuk dibawa sepakat sebagai gabungan kerajaan.

Semasa rundingan pengagihan kerusi sebelum PRN Sabah. Terang-terang UMNO diumpan dengan janji bakal dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah dengan syarat UMNO menyerahkan kerusi tradisi UMNO kepada Bersatu.

Kerusi-kerusi tersebut adalah tempat strategik mudah menang. Bila menjelang PRN Sabah, Bersatu Bukan sekadar dapat kerusi yang mereka minta malah meletak calon bertindih di kawasan UMNO bertanding malah tak cukup itu ditambah lagi calon-calon bebas melawan UMNO di kerusi tertentu.

BN memang nampak banyak kerusi tetapi di bahagikan kepada 4 kompenan parti yang bertanding di kawasan sukar manakala kerusi mudah di perolehi Bersatu termasuk kerusi yang menjadi kerusi tradisi PAS bertanding. Tetapi PAS langsung kena kencing tak dapat bertanding walaupun sebahagian PN.



Sebab itu apa nak hairan bila calon bebas yang menang dengan mudah declare menyertai PN.

Bila gabungan ini berjaya memenangi PRN Sabah. Lain pula ceritanya. Tiba-tiba timbul isu BN sudah tidak popular lagi.

Sekarang Bersatu telah mengkhianati perjanjian asal tiba-tiba bukan sekadar Bung Mokhtar yang dihantar sebagai calon Ketua Menteri tetapi Hajiji juga berhajat menjadi Ketua Menteri.

Sekarang orang Bersatu telah menggunakan alasan PN lebih popular memenangi banyak kerusi dan BN sudah ada banyak negeri menjadi Menteri Besar.



Inikah nilai Bersatu yang mahu UMNO sepakati? Dan adakah ini gabungan yang strategik untuk PAS hingga sanggup tinggalkan MN?

Kerana Bersatu, PAS bukan sekadar diperdaya walaupun sudah menyertai PN, Malah bergaduh dengan UMNO. Nasib baik MIC terfikir mereka takut tak dapat 9 kerusi majoriti melayu kalau tak tentu tempoh hari akan terus niat bersama PN.

Berbuih akar umbi suarakan kebaikan UMNO hanya dipergunakan sahaja tetapi akhirnya membunuh diri sendiri. Tetapi pandai sungguh mereka jawap hanya mudarat kecil.

MyMdFadzil
#TinggalkanBersatuPN
#BersatuDNAPH



Kekuatan UMNO Terbit Dari Ahli Yang Setia, Akar Umbi Mahukan Muafakat Nasional

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker