Ustaz Don baru buka IG, peminat serbu jadi follower kini melebihi 200 ribu

Penceramah selebriti, Ustaz Don Daniyal atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don meluahkan rasa terharu apabila laman sosial Instagramnya telah diikuti oleh hampir 200,000 pengikut.

Dalam entrinya yang terkini, Ustaz Don mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang sudi mengikuti perkembangan terkini di akaun media sosial tersebut.

Dalam pada masa yang sama, dia turut menjelaskan bahawa entri berkenaan dibuat bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya mahu menyatakan rasa penghargaan kepada pengikutnya.

“Baru perasan follower saya di IG dah ceccah 200k. Hehe, maaflah bukan nak tunjuk ‘act’ atau apa cuma biasalah, orang baru nak guna IG, tu dia rasa syok sikit. Apa pun salam perkenalan buat semua yang baru jumpa IG saya, selamat datang dan terima kasih sebab sudi follow saya,”

Ustaz Don yang menulis panjang lebar dalam entri berkenaan turut menjelaskan tujuan dia membuat Instagram berkenaan bukanlah sekadar suka-suka tetapi dia tidak mahu peminat tertipu dengan akaun palsu lain yang menggunakan nama Ustaz Don Daniyal.



Malah, dia turut menggunakan platform IG untuk dia menyebarkan dakwah dan berkongsi aktiviti yang dilakukannya bersama isteri dan anak-anak.

Pendakwah yang terkenal dengan humor dan jenaka bersahaja ini sempat berterima kasih kepada isteri dan juga anak-anak yang sentiasa berada di belakangnya sepanjang dia berkecimpung dalam industri seni dan bergelar ustaz selebriti.

Sekadar info, Ustaz Don Daniyal telah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya iaitu Husna pada tahun 2012. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Don Mustafa, Don Ibrohim dan dan Don Sulaiman.

The Rock terima pendapatan RM4juta bagi setiap hantaran di Instagram



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker