Kejujuran Mempertahan Agenda Asal Muafakat Nasional

oleh Aziz Kaprawi

1. Saya ingin menzahirkan rasa kecewa terhadap sesetengah pemimpin daripada kalangan Muafakat Nasional baik UMNO mahupun PAS yang tidak kembali kepada roh sebenar Muafakat Nasional yang telah dipersetujui pada 14 September 2019 sewaktu Rejim Pakatan Harapan masih berkuasa.

2. Jelas termeterai di dalam Piagam Muafakat Nasional yang telah ditandatangani oleh kedua-dua Presiden UMNO dan Presiden PAS adalah mengenai enam (6) perkara yang merujuk secara amnya terhadap kepentingan mempertahankan kepentingan Perlembangan Persekutuan, memperkukuh Muafakat Nasional dan memberi tawaran baru untuk negara melalui tadbir urus yang lebih baik.

3. Antara asbab terbentuknya Muafakat Nasional ini juga adalah kesedaran dari kalangan UMNO dan PAS untuk bangkit bersama menentang Rejim PH yang semakin merobek-robek kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan Bumiputera serta mengamalkan pentadbiran negara yang amat lemah sehingga ekonomi negara terus merudum dengan teruk yang mana ketika itu, PPBM juga turut bersama di dalam Rejim PH.



4. Setelah ia termeterai, Muafakat Nasional menjadi kuasa besar politik negara yang telah mendapat sokongan sebilangan besar rakyat serta berjaya mengoncangkan kestabilan di antara parti-parti di dalam PH.

5. Piagam Muafakat Nasional langsung tidak menyatakan bahawasanya UMNO mahupun PAS perlu memberi sokongan terhadap mana-mana individu untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

6. Jika mahu kembali kepada roh sebenar Muafakat Nasional maka kembalilah bersatu dan bermusyawarah bersama. Jangan terperangkap dengan permainan politik mana-mana parti di luar kesepakatan Muafakat Nasional dan jangan berasa terlalu cinta dengan jawatan Menteri ataupun Timbalan Menteri sehinggakan sanggup mengubah naratif perjuangan Muafakat Nasional.

7. Seperti yang sering saya utarakan, utamakan kepentingan rakyat dan negara terlebih dahulu dengan mendapatkan mandat baru yang lebih kukuh melalui pilihanraya umum. Dengan cara itu sahaja kerajaan dapat meneruskan agenda revitalisasi ekonomi tanpa terus diancam dengan mana-mana dakwaan perubahan kerajaan.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker