Rakyat AS dijangka dilarang muat turun TikTok, WeChat bermula Ahad

WASHINGTON: Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) dijangka akan mengeluarkan arahan larangan kepada rakyatnya untuk memuat turun aplikasi TikTok dan WeChat berkuatkuasa 20 September 2020 (Ahad).

Bagaimanapun, memetik laporan Reuters, larangan tersebut masih boleh ditarik balik oleh Presiden Donald Trump sebelum ia dikuatkuasakan.

Pembatalan tersebut berkemungkinan dilakukan selepas mendapat persetujuan oleh perbincangan syarikat pemilik TikTok, ByteDance.

Sebelum ini syarikat tersebut dilaporkan sudah berbincang dengan syarikat Oracle Corp dan beberapa syarikat lain untuk menubuhkan syarikat baharu bagi mengendali aplikasi tersebut berpandukan piawaian yang ditetapkan oleh AS.



Namun, setakat ini masih tiada pengumuman rasmi mengenai arahan larangan tersebut.

Terdahulu, Trump mengumumkan bahawa kerajaannya akan mengharamkan platform media sosial itu di AS dengan dakwaan ia boleh mengancam keselamatan negara kerana hubungannya dengan Beijing.-Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker