Kerajaan Persekutuan beri bantuan tambahan jika GRS menang – Muhyiddin

Share

Lebih banyak bantuan dan peruntukan dapat disalurkan kepada Sabah untuk dinikmati rakyat di negeri itu sekiranya kepimpinan kerajaan Negeri di Bawah Bayu sebaris dengan Kerajaan Persekutuan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata buat masa ini, Kerajaan Persekutuan hanya dapat memberi bantuan kepada Sabah setakat yang diwajibkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana kerajaan negeri tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kita bantu tetapi bantuan itu setakat mana kita diwajibkan oleh Perlembagaan Negara, itu hak orang Sabah,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Sahabat Kudat di Dewan Tun Mustapha di Kudat hari ini.

Turut hadir calon Perikatan Nasional bagi kerusi DUN Tanjong Kapor Nurlizah Gurahman.

– Bernama

Leave a Reply