Covid-19 : 21 kes baru hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 15 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini.

Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,250 kes (92.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 17 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 21 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,052 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 674 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.



Kluster Benteng LD

Terdapat 2 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 474 kes. Sehingga 17 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 7,670 individu telah disaring dalam kluster ini.

Pecahan jumlah saringan mengikut daerah
adalah seperti berikut:



a) Lahad Datu (1,869 disaring):
• 142 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
• 1,306 individu negatif; dan
• 421 individu menunggu keputusan.
b) Tawau (5,801 disaring);
• 332 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
• 3,052 individu negatif; dan
• 2,417 individu menunggu keputusan.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:
• 1,388 banduan dan tahanan di mana 430 kes dikesan positif COVID-19;
• 1,158 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara
Tawau di mana 11 kes dikesan positif COVID-19;
• 1,386 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana
10 kes dikesan positif COVID-19;
• 994 pegawai agensi kerajaan lain, tiada dikesan positif COVID-19; dan
• 2,744 kontak sosial di mana 23 kes dikesan positif COVID-19.

Jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.

Daripada jumlah 474 kes positif COVID-19, 215 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 259 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:
• Filipina (168 kes); dan
• Indonesia (91 kes).



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker