Zamri nafi hina agama Hindu, biar mahkamah tentukan

Zamri nafi hina agama Hindu, biar mahkamah tentukan

Zamri nafi hina agama Hindu, biar mahkamah tentukan

PETALING JAYA: Pendakwah kontroversi Zamri Vinoth Kalimuthu menafikan beliau pernah menghina agama Hindu seperti didakwa oleh dua NGO.

Beliau berkata, masalah yang timbul adalah disebabkan penyebaran klip-klip video yang dikatakan menghina itu bukanlah rakaman penuh.

“Ini jelas dalam video penuh ceramah tersebut. Oleh itu konteks sebenar telah terjejas.

“Saya telah berulang kali memberikan penjelasan terhadap isu ini, termasuk kepada pihak berkuasa. Setelah disiasat oleh pihak polis, kes tersebut diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut),” katanya di Facebooknya.

Zamri berkata, tidak wajar apabila ada pihak yang menuduhnya menghina agama Hindu.

“Kita hidup dalam negara demokrasi dan kita adalah masyarakat yang bertamadun.

“Saya pelajar perbandingan agama yang telah didedahkan dengan pelbagai agama. Saya hanya berkongsi ilmu yang saya pelajari dari sudut akademik,” katanya.

Zamri berkata memandangkan NGO itu telah memfailkan kes di mahkamah, biarlah mahkamah saja menjadi medan yang betul bagi mendengar hujah kedua-dua pihak bagi menentukan kebenaran.

Terdahulu, dua ahli NGO memfailkan saman terhadap kerajaan dan polis kerana didakwa gagal bertindak terhadap Zamri berhubung kenyataan yang dikatakan menghina bangsa serta agama lain.

A Radhakrishnan dan C Arunkumar mendakwa kerajaan dan polis gagal melaksanakan tugas untuk menjaga keamanaan di negara ini apabila enggan mengambil sebarang tindakan terhadap Zamri.

Mereka berkata, Zamri mengongsikan sembilan klip video di akaun media sosialnya yang menyentuh sensitiviti orang Hindu di negara ini. FMT

Zamri nafi hina agama Hindu, biar mahkamah tentukan


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Hina Allah: Syarikat pesanan makanan lepas tangan?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker