Covid-19 : 1168 kes baru hari ini dengan 3 kematian

Sebanyak 1,168 kes baru dan tiga kematian Covid-19 direkodkan setakat jam 12 tengah hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham.

Ia menjadikan jumlah korban terkumpul seramai 282 orang.

Seramai 87 sedang dirawat di ICU dan 32 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 1,029 kes sembuh direkodkan, paling tinggi setakat ini.



Kerajaan hari ini mengumumkan akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri dari 9 Nov hingga 6 Dis berikutan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata PKPB akan dikuatkuasakan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Selain itu katanya, PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan daerah-daerah yang terjejas di Sabah juga akan dilanjutkan selama 28 hari lagi.

Empat negeri yang tidak terjejas adalah Perlis, Pahang, Kelantan dan Sarawak.



#COVID19 Terkini. 7 Nov. Kes baharu kekal 4 angka iaitu 1,168 dan semua kes tempatan.

Pesakit sembuh dan discaj tertinggi hari ini 1,029

Tiga kematian baharu dan 4 kluster baharu.

Sabah masih kes baharu tertinggi (616), Selangor (247), Labuan (105), N. Sembilan (68).



Jumlah kes sembuh tertinggi pernah direkodkan.

Terima kasih, petugas kesihatan!



Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
7 Nov 2020
Kes sembuh=1,029
Jumlah kes sembuh=27,409 kes
Kes baharu positif=1,168
(kes import=0, kes tempatan=1,168)
Jumlah positif=39,357 kes
Kes kematian=3
Jumlah kes kematian=282 kes
Kes dirawat di ICU=87 kes
Bantuan Alat Pernafasan=32 kes

Berita lanjut menyusul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker