Misteri kehilangan terjawab…

Misteri kehilangan wanita berusia 40-an yang tidak pulang ke rumah selepas berniaga terjawab dengan penemuan mayat mangsa dalam semak di kawasan perumahan di Yong Peng, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, mayat wanita itu ditemui penduduk yang melalui kawasan berkenaan pada 8 pagi tadi sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.

Katanya, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian bersama Pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) daripada Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan.

“Kes mempunyai unsur-unsur jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sejak semalam tular di media sosial seorang wanita hilang dan tidak pulang ke rumah selepas selesai berniaga pada 8.30 malam.

Malah, terdapat juga penyebaran mesej bergambar mendakwa individu yang terbabit dalam kegiatan pembunuhan berkenaan namun kesahihannya belum dapat dipastikan. HM

https://mykmu.net/2017/11/21/misteri-parti-cap-bunga-yang-memalukan/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker