Lupakan pelan Khalid, kita buat lain di Kampung Baru – Annuar

Lupakan pelan lama Khalid Samad dan buat model pembangunan lain di Kampung Baru.

Itu kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengulas model baharu pembangunan kampung tradisi di tengah-tengah ibu kota itu.

Menurutnya, laporan penuh keputusan mengenainya sudah diperoleh dari Perbadanan Kampung Baru.

“Saya sudah terangkan bahawa projek ini adalah satu transisi dan apabila tanah hendak dibeli itu ditawarkan pada harga RM850 sekaki dan 150 kaki lagi dalam bentuk syer, malangnya hanya 60 peratus sahaja setuju dan kalau seorang bantah pun kita tidak boleh jual secara paksaan walapun kampung berkenaan perlu dimajukan.



“Ramai tak setuju sebab mereka tidak tahu siapa pembeli itu sama ada Melayu atau siapa, kerajaan ke swasta atau dalam negara atau luar negara dan juga jumlah wang pelaburan satu pun tidak ada selepas saya semak,” katanya dalam sidang media secara langsung di Facebook hari ini.

Tambah Annuar, pihaknya telah berbincang dan bersetuju di Parlimen baru-baru ini bahawa untuk membuat satu pembangunan tanah seluas lebih 200 ekar itu bukan secara serentak.

Sebaliknya kata Ahli Parlimen Ketereh itu, tanah itu akan dibahagikan kepada 44 parcel yang mana setiap parcel terdiri daripada lima hingga 12 ekar dan membangunkan parcel demi parcel.

“Kita tidak akan bangunkan tanah seluar lebih 200 ekar itu secara serentak pada satu masa tapi akan dibahagikan secara berparcel dan dibangunkan dalam bentuk 44 parcel secara berperingkat.



“Ketika pembangunan dilaksanakan secara berparcel itu nanti, mungkin ada penglibatan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan juga tuan tanah itu secara join venture..cuma dari segi kerajaan kena mula merancang untuk menaik taraf prasarana itu.

“Ia sudah pasti akan memakan masa kerana kita hanya berada dalam peringkat perancangan tapi pembangunan Kampung Baru akan diteruskan dan akan dimaklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa,” tegas beliau. MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker