17 rumah, 15 kereta rosak dibadai ribut di Langkawi · MYKMU.NET

17 rumah, 15 kereta rosak dibadai ribut di Langkawi

Share

LANGKAWI: Sebanyak 17 rumah dan 15 kereta rosak dalam kejadian ribut di Kampung Yooi tengah hari tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Langkawi Ahmad Shahfikri Darus berkata, laporan kejadian itu diterima 12.40 tengah hari sebelum sepasukan dengan kekuatan 10 anggota dikerah ke kampung terbabit.

“Angin kuat serta hujan lebat di lokasi tersebut menyebabkan pokok serta tiang elektrik tumbang. Pokok tumbang pula menghempap rumah, kereta serta menghalang laluan Jalan Kampung Yooi.

“Kejadian turut melibatkan kerosakan seperti bumbung rumah diterbangkan angin. Setakat ini, sejumlah 17 buah rumah, 15 kereta serta 3 rumah kedai terjejas akibat kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, APM Langkawi dengan kerjasama pelbagai agensi sedang mengalih serta membersihkan pokok tumbang di sekitar kampung berkenaan.

“Kami juga sedang mengumpul maklumat terperinci kerosakan yang berlaku akibat kejadian itu, maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa. Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka,” katanya. Bernama

Jalan rosak, banyak lubang boleh bikin hati jadi panas

Leave a Reply